Lela pula tak ada kat bilik. Mesti dia singgah koperasi beli barang keperluan. Tadi tengok ramai betul student baru pergi koperasi beli barang-barang yang agaknya terlupa nak beli awal-awal. Baldi, penyangkut baju, sabun, dan macam-macam lagi. Teringat juga nak beli bekas untuk letak biskut tapi malas nak beratur panjang nak bayar.
"Kenapa awak?" Student bilik sebelah menegur sebelum dia masuk bilik. Belum sempat berkenalan, nama pun tak tahu lagi.
"Kunci tinggal dalam agaknya. Tak ada dalam beg ni"
"Nak tumpang kat sini dulu ke sementara roomate awak balik?" Dia mempelawa. Comel pulak orangnya bertudung labuh bercermin mata.
"Tak apalah saya turun bawah tunggu dia. Terima kasih"
Rasa macam tak selesa nak masuk bilik dia. Kesian pun ada. Mesti dia nak berehat selepas seharian dan seminggu mengadap minggu orientasi yang tegang. Untuk aku teganglah sebab aku tak suka mendengar ceramah dan mengikuti jadual program yang sangat padat. Penat, panas, tension kena jerit dan marah dengan senior yang menjadi AJK orientasi. Dah menjadi adat agaknya senior mesti buli junior baru. Buli sampai ada yang menangis dan demam-demam. Konon nak bagi junior kuat semangat untuk menghadapi hari-hari seterusnya di universiti ini. Huh!
Aku turun semula ke bawah bangunan asrama 11 tingkat ni. Ramai student baru yang balik ke bilik masing-masing dengan semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar universiti. Excited, takut, gembira, homesick pun ada. Aku biasa je hati rasa rindu dengan rumah tapi tak de la sampai nak menangis bila call mama atau daddy.
Terus ke vending machine beli setin air pepsi menghilangkan dahaga. Duduk di kerusi batu di depan lif sambil memerhati sekiranya nampak Lela balik ke asrama. Lela tu roomate aku dari Perak. Sempat bercakap beberapa kali sahaja dan belum dapat berkenalan mesra pun. Tapi nampaknya Lela sudah ada kawan-kawan dia di sini. Jadi dia lebih banyak habiskan masa dengan kawan-kawannya. Fine sebab aku pun tak suka bonding sangat dengan sesiapa. Aku lebih suka sendiri dari dulu lagi. Lebih senang dan selesa. Itu karakter aku. Don't judge !
Dari asrama aku boleh nampak cafe dari jauh. Aku perhatikan satu kereta ni yang mencuri perhatian aku dari hari pertama orientasi. Kereta Galant lama warna gold. Pemandunya adalah seorang senior AJK orientasi. Yang mana orangnya sangat sangat serius. Tak pernah senyum. Agak kacak la juga sebab berjaya membuatkan orang memandang dua kali sewaktu melihat dia kali pertama termasuk aku. Tapi sikap ego dan berlagak dia dengan semua junior membuatkan ramai yang tak berani nak menegur dia malah nak memandang pun takut. Hihi.
Nama dia ialah
Okey Lela dan pulang berlenggang dengan banyak barang hasil belian di koperasi di tangan. Bolehlah masuk bilik dan baringkan badan yang penat ini. Esok hari untuk daftar kursus. Banyak yang perlu difikir dan diambil kira kursus apa yang perlu diambil untuk semester ini. Wish me luck.
Nama dia ialah
Okey Lela dan pulang berlenggang dengan banyak barang hasil belian di koperasi di tangan. Bolehlah masuk bilik dan baringkan badan yang penat ini. Esok hari untuk daftar kursus. Banyak yang perlu difikir dan diambil kira kursus apa yang perlu diambil untuk semester ini. Wish me luck.
No comments:
Post a Comment